Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Current Issue
Volume: 9 Issues: 53 [March, 2024]
PEMBANGUNAN INSTRUMEN UJIAN PEMIKIRAN KREATIF KEUSAHAWANAN BAGI MURID TINGKATAN EMPAT
Volume: 8 Issues: 51 [September, 2023]
Sufirman Arifin, Siew Nyet Moi
Masih terdapat limitasi dalam kajian yang mengetengahkan pembangunan instrumen yang dapat mengukur pemikiran kreatif keusahawanan. Oleh itu, Instrumen Ujian Pemikiran Kreatif Keusahawanan (UPKK) dibangunkan untuk mengukur tahap pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid tingkatan empat di sekolah menengah. UPKK merangkumi sepuluh item yang terdiri daripada lima konstruk iaitu Penyiasatan, Idea Baharu, Reka Bentuk, Cipta dan Komersial. Sampel terdiri daripada 187 orang murid Tingkatan Empat yang berusia 15 hingga 16 tahun dari empat buah sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini dapat memenuhi ciri psikometrik sesebuah penyelidikan. Analisis item membolehkan item yang sah, adil dan berkualiti terpilih manakala item sebaliknya ditambah baik dan dimurnikan. Kajian ini mengaplikasikan Model Pengukuran Rasch untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPKK. Analisis telah dilakukan terhadap kesesuaian responden, kesesuaian item, polariti item, keekadimensian serta kebolehpercayaan dan pengasingan item-responden. Dapatan kajian mendapati bahawa instrumen UPKK mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi dengan nilai .97. Kesimpulannya, UPKK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur tahap pemikiran kreatif keusahawanan dalam kalangan murid Tingkatan Empat di sekolah menengah.