Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 8 Issues: 51 [September, 2023]
KESAN PENGGUNAAN MNEMONIK “SIASAT” BERBANTUKAN JADUAL PENDARABAN INDEKS DAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH
Volume: 8 Issues: 51 [September, 2023]
Mariani John D. Sibatu @ Marylyn, Siew Nyet Moi
Pelajar berpencapian rendah sering mengalami masalah dalam pembelajaran matematik khasnya dalam Pendaraban Indeks, salah satu tajuk yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan teknik mnemonik akronim SIASAT berbantukan jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif ‘Think-Pair-Share’ terhadap pencapaian pelajar Tingkatan Tiga berpencapaian rendah dalam pendaraban indeks. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dimana dua kumpulan ditetapkan, iaitu 40 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 40 lagi pelajar dalam kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan telah mengikuti pembelajaran konvensional berpusatkan guru manakala kumpulan rawatan didedahkan kepada penggunaan mnemonik akronim SIASAT, jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif Think-Pair-Share. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dalam kedua-dua kumpulan meningkatkan skor markah mereka daripada ujian pra kepada ujian pasca. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan jauh lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan penggunaan mnemonik akronim SIASAT, jadual pendaraban indeks dan pembelajaran koperatif Think-Pair-Share dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendaraban indeks. Justeru, guru-guru perlu kreatif dan inovatif serta proaktif dalam membangunkan pelbagai pendekatan, teknik dan bahan bantu mengajar bagi membantu pelajar berpencapaian rendah dalam pembelajaran matematik.