Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 6 Issues: 40 [June, 2021]
INSTRUMEN PENGLIBATAN PEMBELAJARAN SAINS: ANALISIS KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Volume: 6 Issues: 40 [June, 2021]
Law Hui Haw, Sabariah Sharif, Crispina Gregory K Han
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan dan kesahan Instrumen Penglibatan Pembelajaran Sains (IPPS) yang telah dibina. Kesahan kandungan telah dilakukan oleh empat orang pakar dengan nilai Indeks Kesahan Kandungan (CVI) 0.885. Kajian dijalankan dengan 130 orang murid Tingkatan 4 sekolah menengah di daerah Limbang, Sarawak. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 21.0. Sebanyak 3 dimensi yang telah diekstrak daripada analisis faktor eksploratori. Dalam pada itu, kesemua item mempunyai niali muatan faktor yang melebihi 0.40. Nilai kebolehpercayaan bagi keseluruhan instrument adalah 0.835. Hasil dapatan menunjukkan bahawa IPPS merupakan sebuah instrumen yang sah dan boleh dipercayai. Maka, instrumen ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada penyelidik bagi tujuan kajian pada masa yang akan datang.